Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 13 Februari 2018

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Star: ''Seluruh Eropah akan membayar mahal''

PM Turki, Binali Yıldırım, membuat kenyataan bersama dengan PM Macedonia, Zoran Zaev yang sedang mengadakan lawatan ke Turki. Yıldırım yang bercakap mengenai Operation Olive Branch berkata, ''Jika Turki tidak melindungi rantau itu, seluruh Eropah akan membayar mahal semua ini, baik dengan krisis pelarian maupun gelombang keganasan. Malangnya pihak Kesatuan Eropah tidak melihat semua ini, tidak menghargainya.'' katanya.

 

Akhbar Haber Türk: Timbalan Perdana Menteri Çavuşoğlu: Sikap AS telah sampai ke tahap yang akan menjejaskan hubungan''

Timbalan PM, Hakan Çavuşoğlu, membuat kenyataan mengenai agenda di TRT. Terkait Pentagon yang menyisihkan bajet 500 juta dolar untuk pertubuhan pengganas PYD/PKK, beliau mengatakan, ''Sikap yang AS kekalkan ini, adalah sikap yang sangat kita kenal dan kita ketahui, tetapi ini adalah pendekatan yang telah mencapai tahap yang hampir memutuskan hubungan antara kedua-dua negara'' katanya.

 

Akhbar Yeni Şafak: "Pesan dari Çavuşoğlu sebelum kunjungan Tillerson"

Menteri Luar Negeri Mevlut Çavuşoglu didapati melakukan penyataan kritikal sebelum kunjungan Menteri Luar AS Rex Tillerson ke Ankara. Çavuşoğlu yang Mengingatkan bahwa AS tidak menepati janjinya, berkata, "Hubungan ini akan membaik atau sepenuhnya akan hancur''katanya.

 

Akhbar Vatan: "Satu negara lagi akan membeli helikopter dari Turki''

Menteri Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana, mengatakan bahawa mereka berniat untuk menandatangani perjanjian dengan Turki, Korea, Rusia dan China yang bertujuan untuk membeli helikopter.



Berita Terkait