Anugerah Dokumentari TRT Antarabangsa ke-10

Permohonan untuk Anugerah Dokumentari TRT Antarabangsa ke-10 masih berterusan.

Anugerah Dokumentari TRT Antarabangsa ke-10

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Lembaga Radio dan Televisyen Turki TRT, mengumumkan bahawa permohonan untuk Anugerah Dokumentari TRT yang dimulakan pada tahun 2009 dengan tujuan untuk menyokong pembuat filem dokumentasi amatur dan profesional, masih berterusan.

Menurut kenyataan yang menyampaikan bahawa Anugerah Dokumentari TRT tahun lepas disertai 677 filem dokumentari dari 78 negara, filem-filem finalis telah dipertemukan dengan para pecinta seni pada pertunjukan-pertunjukan di Istanbul yang juga dihadiri oleh para sutradara filem, tahun ini juga dijangka akan disertai oleh  banyak filem dokumentari dari dalam dan luar negeri.

Anugerah Dokumentari TRT yang permohonannya akan berakhir pada 16 Februari 2018, akan mengumumkan hasil seleksi awal pada 12 Mac 2018.

Filem-filem yang masuk final akan dipertemukan dengan penonton pada ''TRT Documentary Days'' yang akan diselenggarakan antara 10-13 Mei 2018.

Para pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah pada 14 Mei 2018.

Sebagai hadiah pertandingan tahun ini, filem terbaik pada Kategori Profesional Kebangsaan adalah 45 ribu Turkish Lira, Kategori Filem Pelajar 20 ribu Turkish Lira dan hadiah filem terbaik di Pertandingan Antarabangsa adalah 10 ribu euro.

Selain hadiah-hadiah ini, dua anugerah khas akan diberikan dalam setiap kategori.

Untuk formulir permohonan dan maklumat terperinci tentang pertandingan ini, anda boleh dapati di laman web  "www.trtbelgesel.com".



Berita Terkait