Turki Berikan Bantuan Ambulans Kepada Lembaga Muslim di Myanmar

Dalam tempoh enam bulan, agensi itu telah menghantar kira-kira 800 pesakit ke pusat kesihatan.

Turki Berikan Bantuan Ambulans Kepada Lembaga Muslim di Myanmar

Agensi Kerjasama dan Koordinasi Turki (TİKA) memberikan bantuan ambulans kepada Lembaga Muslim Mahar Mon Myat Setanar, yang beraktifiti di bandar Yangon, Myanmar.

Sebuah kenyataan bertulis yang dibuat oleh TİKA,  Lembaga Muslim tersebut menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada warga miskin.

Seorang anggota pengasas Lembaga Muslim Mahar Mon Myat Setanar, Ahmet Tin Myint, mengucapkan terima kasih kepada TİKA dan Turki atas bantuan mereka yang akan sangat membantu dalam menyediakan perkhidmatan percuma kepada golongan miskin di rantau ini.

Dalam ucapannya di majlis penyerahan bantuan itu, Myint berkata:

''Bilangan orang yang meminta bantuan kepada kami beberapa bulan terakhir telah meningkat. Kami sampaikan ucapan terima kasih kepada TİKA, sukarelawan dan orang-orang yang telah bersimpati membantu kami''.

Lembaga yang terhubung dengan pusat panggilan kecemasan ini, boleh segera menjangkau masyarakat yang memerlukan.

Dalam tempoh enam bulan, agensi itu telah menghantar kira-kira 800 pesakit ke pusat kesihatan.



Berita Terkait