Erdoğan: ''AS Mempunyai Ejen di Beberapa Konsulat di Turki''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan berkata Amerika Syarikat mempunyai ejen di beberapa konsulat di Turki.

Erdoğan: ''AS Mempunyai Ejen di Beberapa Konsulat di Turki''

Erdoğan,

''Di dalam Konsulat-konsulat mempunyai ejen Pertubuhan Pengganas Fetullahist (FETÖ). Ini bukan diplomat, mereka adalah ejen. Ejen-ejen serupa juga kini berada di Amerika. Dan ejen-ejen itu juga berkait rapat dengan kongres. Semuanya ini adalah kenyataan. Memang kepala ejen FETÖ berada di Pennsylvania.'' katanya.

Erdoğan semasa kembali dari Serbia, di mana beliau pergi untuk lawatan rasmi, membuat penilaian terkait agenda tersebut.

Presiden Erdoğan yang mengulangi kembali bahawa yang bertanggungjawab atas krisis visa dengan Amerika Syarikat adalah Duta Besar AS di Ankara, John Bass, Beliau menyatakan bahawa beberapa konsulat mempunyai ejen. Erdoğan menyatakan bahawa Menteri Luar AS Rex Tillerson membawa cadangan ke Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu untuk ''mendirikan komisi'' untuk menyelesaikan krisis, Beliau berkata bahawa mereka sedang menunggu teks terkait hal itu untuk disampaikan kepadanya.

Erdoğan, mengenai persoalan pembelian sistem pertahanan roket s-400 dari Rusia, berkata:

"Kami tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan S-400. Kami tidak akan mempunyai produksi bersama pada pakej pertama, tetapi dari pakej kedua kami akan mengambil langkah-langkah untuk produksi bersama. Kami tidak berfikir untuk memutuskan perbincangan kami dengan Presiden Putin pada S-400. Kami juga telah berbincang mengenai S-500." katanya.



Berita Terkait