Legenda Anatolia 39 (Istanbul)

Dalam program kami kali ini, kami akan memperkenalkan legenda tentang asas Istanbul.

Legenda Anatolia 39 (Istanbul)

Bandar Istanbul selama sepanjang serjarah, adalah bandar yang dijadikan sebagai ibunegara untuk 3 empayar, yang belum pernah terjadi sebelumnya di dunia. Orang pertama yang menjadikan ibu negara adalah Maharaja Rome terakhir Constantine Besar. Dengan membina bangunan disini yang sama seperti dengan bangunan di Rome, bertujuan untuk membangunkan agama Kristian di seluruh empayar, yang tidak dapat disebarkan.

Istanbul masih tetap dijadian ibunegara selepas kematiannya yang telah membuat Empayar Rome terbagi dua .Dengan penaklukan Fatih Sultan Mehmet di Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1453, apabila bandar itu dirampas, ibunegara berpindah kesini. Jadi dengan cara yang belum pernah terjadi sebelumnya di dunia, mari kita pindahkan legenda penubuhan pertama Istanbul, yang merupakan ibu kota 3 kerajaan.

Menurut legenda, seorang anak muda yang hidup di bandar Mağara di Yunani, apabila ia menghadapi masalah ditanah tempat ia tinggal, dengan menawarkan korban kepada para imam di kota Delphi, yang terkenal dengan ramalan-ramalan dunia kuno, dia mengatakan mahu membina sebuah bandar dan bertanya dimana tempat yang sesuai. Para peramal mengatakan bahawa dia harus membina bandar berhadapan dengan bandar buta. Raja muda bernama Bysaz, membawa rakyatnya bersama-sama bergerak pertama ke utara dan kemudian ke timur. Dia mencari tanah orang buta untuk menubuhkan bandarnya. Ia Datang ke Sarayburnu tempat kediaman bersejarah di Istanbul. Disini dipintu keluar laut adalah Bosporus Marmara, satu sisi dikelilingi tanduk emas Haliç, satu sisi  ia menghadap ke Laut Marmara.  Ia adalah tempat yang mudah dan indah untuk dilindungi oleh air di tiga pihak. Pemukiman Khalkedonia di Kadıköy hari ini di tebing Bosphorus sangat luar biasa untuk dilihat. Sementara, ini adalah tempat yang indah, siapa yang akan mengira sebuah bandar akan dibina di sana. Tiba-tiba ia teringat para peramal mengatakan kepadanya, '' Kamu akan membina bandar berhadapan dengan bandar buta". Dia memutuskan bahawa ini adalah tempat yang ia cari. Orang-orangnya dengan sangat gembira mula membuat bandar ditempat yang telah menjadi pilihanya. Oleh kerana pengasas bandar ini, Ia dipanggil "Byzantion" dalam erti kata "kota Byzas". Beberapa ahli sejarah Eropah abad ke-18, kerana kota kuno ini, Rome Timur telah tersilap disebut Byzantine. Malah, kerajaan Rome Timur tidak pernah menggunakan nama sedemikian di dalam dokumentari rasmi manapun. Kami berharap anda pasti akan melawat Istanbul, salah satu bandar raya yang indah di dunia, yang telah menjadikan beberapa monumen dan legenda sejarah tiga kerajaan.



Berita Terkait