Tim Kebangsaan Turki Menjadi Sorotan Dunia

Turki yang menjadi tuan rumah Kejuaraan Eropah Bola Sepak Amputee (EAFF), berhasil menjadi pemenang selepas mengalahkan England 2-1.

Tim Kebangsaan Turki Menjadi Sorotan Dunia

Persatuan federasi bola sepak Eropah (UEFA) yang pada akaun sosial media menerbitkan foto-foto perlawanan pemain bola sepak amputee, penyokong yang memenuhi tribun dan kesenangan atas piala yang dimenangi, menuliskan ''Perlawanan Turki yang menang atas England disaksikan oleh 40 ribu penyokong. Ini adalah sokongan yang luar biasa kepada para pemain bola sepak.''.

ESPN, salah satu daripada organisasi media terkemuka dunia, berkongsi dengan pengikut mereka dari akaun media sosial tentang gambar pemain bola sepak kebangsaan Turki yang sangat gembira selepas perlawanan dan berkomentar, "Turki telah menjadi juara dengan gol yang dijaringkan dalam waktu beberapa minit tambahan. Inilah yang membuat kami mencintai sukan.''

Sedangkan Bleacher Report sebuah website yang berpangkalan di Amerika Syarikat, pada akaun medis sosial berkongsi foto yang mencerminkan kegembiraan pemain bola sepak kebangsaan Turki, Mereka menulis, ''Inilah nuansa memenangi Kejuaraan Amputee Eropah.'' dan menambah bendera Turki dan emoji hati kepada perkongsian tersebut.



Berita Terkait