PBB: ''5 Ribu Kanak-kanak yang Digunakan oleh Kumpulan Bensenjata Telah Dibebaskan''

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa lebih daripada 5 ribu  kanak-kanak yang digunakan sebagai pejuang di 20 negara dimana konflik berlaku tahun lepas telah dibebaskan, tetapi puluhan ribu masih berada di tangan kumpulan bersenjata.

PBB: ''5 Ribu Kanak-kanak yang Digunakan oleh Kumpulan Bensenjata Telah Dibebaskan''

Perwakilan Khas Setiausaha Agung PBB untuk Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata, Virginia Gamba, dalam satu kenyataan bertulis sempena "Hari Antarabangsa Terhadap Penggunaan Askar Kanak-kanak", menyatakan bahawa puluhan ribu anak lelaki dan perempuan di wilayah konflik telah diculik dan digunakan sebagai pejuang oleh kumpulan bersenjata.

Gamba yang menyatakan bahawa lebih daripada 5 ribu kanak-kanak yang digunakan  sebagai pejuang di 20 negara dimana konflik berlaku tahun lepas telah dibebaskan dalam upaya antarabangsa yang dijalankan terhadap penggunaan kanak-kanak pada pertempuran bersenjata, beliau berkata bahawa kanak-kanak ini terdedah kepada keganasan ''peringkat yang sangat dahsyat''.

Gamba menyatakan bahawa keganasan mencetuskan akibat fizikal dan psikologi yang sangat serius pada kanak-kanak, beliau menegaskan bahawa melindungi kanak-kanak ini daripada konflik adalah tanggungjawab masyarakat antarabangsa.

Di antara negara-negara yang paling banyak menggunakan kanak-kanak sebagai pejuang bersenjata adalah Afghanistan, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Iraq, Myanmar, Nigeria, Somalia, Sudan Selatan, Syria dan Yaman.
 



Berita Terkait