Data Rahsia Tentera Australia telah Dicuri Penggodam

Data rahsia 30 GB milik pesawat-pesawat dan kapal-kapal pejuang tentera Laut Australia, dilaporkan telah dicuri oleh penggodam bernama "Alf".

Data Rahsia Tentera Australia telah Dicuri Penggodam

Menurut berita pada Australian Broadcasting Corporation (ABC), data-data rahsia 30 GB milik pesawat-pesawat pejuang F-35, pesawat-pesawat pemantau dan kapal-kapal tentera laut, dicuri oleh penggodam yang menggunakan nama watak ''Alf'' dalam program televisyen Home and Away yang tayang di Australia.

Data rahsia yang dicuri pada bulan Julai tahun lalu itu adalah data milik pesawat F-35 bernilai US $ 35 bilion, pesawat pengintai Poseideon P-8 bernilai US $ 4 bilion, pesawat pengangkut jenis C-130, serta kapal-kapal angkatan laut.

Menteri Industri Pertahanan Christopher Pyne yang mengatakan bahawa mereka belum mengenal pasti siapa yang mencuri maklumat rahsia tersebut walaupun telah berlalu selama satu tahun, berkata:

"Saya tidak tahu siapa yang melakukannya. Ia boleh menjadi salah satu daripada beberapa pelakon. Mungkin berkaitan atau tidak dengan negara. Dan mungkin ada satu orang yang bekerja untuk syarikat lain." katanya.

Menteri Pyne juga mengatakan bahawa maklumat rahsia tersebut tidak berisiko kepada keselamatan negara dan langkah-langkah yang diperlukan telah diambil.

Kementerian Australia belum lagi mengetahui bagaimana Alf boleh mencapai data ketenteraan.



Berita Terkait