Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 19 Jun 2017

Ringkasan Akhbar Turki

Akhbar Habertürk: ''Perjanjian F-35 antara Amerika Syarikat (AS) dan Turki''

11 negara termasuk Turki diantaranya, telah bersetuju untuk pembelian sedikitnya 440 buah jet F-35. Perjanjian yang dijangka bernilai 37 bilion dolar, dinyatakan telah memecahkan rekod. Pesawat-pesawat hantu yang mula diproduksi sejak tahun 2006, peralatan teknologi terkini dan dengan model yang telah diubahusai akan dipamerkan pada Paris Air Show yang akan dibuka esok hari. Pejabat berkuasa dari 11 negara yang mahu membeli F-35, minggu lepas telah melakukan pertemuan di bandar Baltimore Maryland-AS dan telah mengevaluasi Northrop Grumman yang memproduksi jet-jet F-35. Perwakilan tersebut datang dari negara-negara Australia, Denmark, Israel, Itali, Jepun, Belanda, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat termasuk juga Turki.

 

Akhbar Vatan: ''Produk Turki pada Paris Air Show''

Paris Air Show yang merupakan pameran penerbangan dan aeroangkasa terbesar di dunia, akan membuka pintu mereka di Lapangan Terbang Le Bourget. Pada pameran yang akan memamerkan perkembangan terkini dalam industri penerbangan, tahun ini akan memamerkan produk-produk Turkish Aerospace Industries (TAI). Pada pameran tersebut, Hürküş, pesawat latihan yang direka dan diproduksi oleh TAI akan melakukan penerbangan. Helikopter T625 yang akan mengudara tahun hadapan, memiliki kapasitas 12 kerusi dan memiliki berat 6 tan, akan digunakan untuk tujuan awam dan juga tentera juga akan dipamerkan. T129 ATAK dan ANKA-S milik TAI juga akan dipamerkan dalam bidang statik.

 

Akhbar Star: "Askar-askar Turki akan menjalankan gerakan bersama dengan tentera Qatar"

Mengikut perjanjian yang dicapai antara Turki dan Qatar, tentera Turki yang bergerak ke Qatar, telah sampai ke rantau ini. Tentera Turki bersama tentera Qatar menjalankan latihan dan manuver tentera bersama. Lembaga penyiaran terkenal Qatar El Cezire, mengumumkan kepada dunia bahawa tentera Turki telah sampai di rantau ini dan menjalankan latihan dan manuver bersama dengan tentera Qatar. Sebilangan besar negara-negara Teluk seperti Arab Saudi, Mesir, United Arab Emirates, Bahrain, dan Yaman, awal Minggu mengumumkan mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menjalankan beberapa sekatan terhadap Qatar. Mengikuti penjelasan ini, pengundian byang dilakukan di Perhimpunan Besar Negara Turki (Parlimen), telah meluluskan menghantar tentera ke qatar.

 

Akhbar Sabah: "Kapal kasih Sayang dalam perjalanan kearah Gaza"

Kapal ''Acqua Stella'' yang membawa 10 ribu 600 tan bahan bantuan untuk Gaza yang berada dibawah sekatan Israel, telah berlayar semalam. Dalam bahan-bahan bantuan tersebuat yang tedapat bahan makanan serta permainan, basikal dan pekaian-pakaian lebaran akan membawa anak-anak palestin merasakan gembira pada hari lebaran. Di dalam kapal tersebut terdapat 18 ribu 100 mainan, 32 ribu alat-alat tulis, 50 ribu bungkusan makanan, 5 tan tepung, 100 tan biskut dan kuih-muih, 50 ribu pakaian, seribu pakaian lebaran dan 1010 basikal.
 



Berita Terkait