Perahu Berpenumpang Muslim Arakan Karam, 12 Orang Terbunuh

Perahu yang membawa umat Muslim Arakan yang melarikan diri dari keganasan tentera Myanmar dan kaum fanatik Buddha dan mencuba pergi ke Bangladesh, karam.

Perahu Berpenumpang Muslim Arakan Karam, 12 Orang Terbunuh

Dalam kemalangan tersebut 12 orang kehilangan nyawa termasuk 6 kanak-kanak.

Pegawai Polis Bangladesh, Sheikh Ashrafuzzaman, mengumumkan bahawa perahu yang membawa umat Islam Arakan, karam di Shah Porir Dwip di Teluk Bengal pada waktu pagi.

Ashrafuzzaman yang berkata bahawa didalam perahu yang berpenumpang 65 orang, 21 diantaranya terselamatkan, 12 orang terbunuh dan 6 diantaranya adalah kanak-kanak.

Upaya mencari umat Islam Arakan yang hilang masih berterusan.

Sekurang-kurangnya 184 orang telah kehilangan nyawa mereka dalam kemalangan perahu yang membawa orang Arakan yang cuba menyeberang ke Bangladesh sejak kekerasan di Myanmar bermula pada 25 Ogos.

Kira-kira 200 kampung dibakar atau musnah dalam serangan-serangan yang dilancarkan oleh tentera dan nasionalis Buddha. Beribu-ribu umat Islam Arakan masih berusaha untuk melarikan diri dari rantau ini kerana keselamatan mereka. Orang awam yang melarikan diri dari Myanmar pergi ke Bangladesh melewati kawasan pergunungan, Sungai Naf atau laut.

84 peratus dari hampir 2 juta umat Islam Arakan di Myanmar yang telah mengalami pembersihan etnik sejak tahun 1970-an telah diselamatkan oleh negara-negara jiran.



Berita Terkait